Peranan dalam spiritualisme Robert Owen

Makam Robert Owen, Newtown, Powys

Pada tahun 1817, Owen berhujah terang-terangan bahawa semua agama yang terancang adalah palsu (all religions are false).[38] Pada tahun 1854, pada usia 83 tahun, Owen memeluk kepercayaan spiritualisme selepas beberapa kali bertemu dengan Maria B. Hayden, seorang perantara roh Amerika yang dikenang kerana memperkenalkan kerohanian ke England. Owen mengumumkan kepercayaan barunya dalam penerbitannya The Rational Quarterly Review dan in The future of the Human race; or great glorious and future revolution to be effected through the agency of departed spirits of good and superior men and women, (Masa depan Manusia, atau revolusi masa depan gemilang yang akan dikesankan melalui roh-roh insan yang terunggul) sebuah risalah yang juga dikarang oleh beliau.

Owen mengaku telah dihubungkan dengan roh-roh Benjamin Franklin, Thomas Jefferson, dan lain-lain secara perantara. Beliau menjelaskan bahawa tujuan komunikasi ini adalah untuk mengubah "kewujudan manusia masa kini yang serba salah, berpecah-belah dan menyedihkan, ke arah keadaan yang benar, bersatu dan bahagia ... untuk mempersiap dunia untuk kedamaian sejagat, dan untuk menyemai semangat amal jariah, kesabaran dan kasih sayang kepada semua." [39]

Rujukan

WikiPedia: Robert Owen http://www.answers.com/topic/1828?cat=technology#h... http://www.fotolibra.com/gallery/1305183/robert-ow... http://www.online-literature.com/forums/showthread... http://www.archive.coop/collections/personal-paper... http://faculty.evansville.edu/ck6/bstud/robtowen.h... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://bioguide.congress.gov/scripts/biodisplay.pl... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068459211